hehehe....xkire la lelaki ke ppuan ke..semua kene jaga kesihtan dan juga kecantikan diri kan...jadi ..aku nk kongsi la cket...pe yg aku bleh kongsi la...hah camtu....
LObak merah....
Lobak merah nih merupakan sayur yang mmpunyai banyak khasiat ,
antranya ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk
melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang
toxic dalam badan .
Seperti yg kite tahu ..lobak mmg baik tuk mata....selain itu..lobak jugak baik tuk kulit..
Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan
masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan
membentuk antibodi dalam badan.
Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan
aliran haid dan air kencing.
TOmato
Seperti yg kite tahu la...mmg da ramai tahu dah tomatommg baik tuk kulit ...tp selain daripada makn jek tros..de lagi cara lain tuk gune tomata nih...nih de cket tips nk dikongsi....
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.